eMaklum JANM icon

eMaklum JANM

1.0.7

Kemudahan untuk individu dan pembekal membuat carian dan semakan dokumen bayaran

Nama eMaklum JANM
Versi 1.0.7
Memperbarui Mei 20, 2024
Ukuran 26 MB
Kategori Keuangan
Instal 100K+
Developer Government of Malaysia
Android OS Android 5.0+
Google Play ID my.gov.onegovappstore.emaklum
eMaklum JANM · Jepretan Layar

eMaklum JANM · Deskripsi

eMaklum JANM adalah merupakan Aplikasi Mudah Alih bagi Sistem Web eMaklum. Sistem ini digunakan oleh pengguna berikut :

1. Penerima Individu (termasuk penjawat awam persekutuan)
2. Pembekal yang berurusan dengan Kerajaan (skop Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja)

[Pendaftaran]
+ eMaklum JANM tidak memerlukan sebarang pendaftaran oleh individu atau pembekal bagi penggunaannya

[Fungsi dalam eMaklum JANM]
+ Membuat carian dan semakan status notifikasi dokumen bayaran pada 10 Julai 2021 dan selepasnya
+ Paparan pengumuman terkini berkaitan Sistem eMaklum
+ Soalan Lazim berkaitan penggunaan eMaklum JANM
+ Maklum balas penggunaan eMaklum JANM

[Tempoh simpanan maklumat notifikasi bayaran eMaklum]
+ Maklumat notifikasi Dokumen Bayaran hanya disimpan oleh JANM untuk tempoh 18 bulan terkini sahaja. Maklumat akan dikeluarkan secara automatik selepas melepasi tempoh tersebut. Menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam storan sendiri untuk kegunaan pada masa hadapan.

[Jenis status notifikasi bayaran]
+ Dihantar ke bank = maklumat bayaran EFT telah dihantar ke bank
+ Diterima oleh bank = maklumat bayaran EFT telah berjaya diterima oleh pihak bank dan proses bayaran mengambil masa selewat-lewatnya 3 hari waktu bekerja
+ Gagal Diproses bank = maklumat bayaran EFT gagal diproses oleh bank
+ Dikeluarkan =status bayaran bagi non-EFT iaitu cek/draf bank/pindahan wang (Telegraphic Transfer)
+ Dibatalkan = maklumat invois telah dibatalkan

[Kaedah beri maklum balas]
+ Sila kemukakan nama syarikat, no. pendaftaran syarikat, alamat, no. telefon dan nama pusat pembayar atau nama Kementerian atau Jabatan yang anda berurus niaga, seterusnya keterangan maklum balas. Sila gunakan fungsi menu maklum balas.

[Format Dokumen Bayaran]
Setiap dokumen yang di muat turun adalah dalam format PDF. Setiap pengguna hendaklah memastikan aplikasi PDF Viewer telah dibuat instalasi.

Kami sentiasa berusaha untuk menambahbaik sebarang kelemahan penggunaan aplikasi mudah alih kami, dan sangat menghargai maklum balas yang diberi. Sebarang masalah penggunaan aplikasi mudah alih ini boleh terus disalur menggunakan menu maklum balas pada aplikasi ini.

Jika anda sukakan aplikasi kami, sila tambahkan manis dalam senyuman kami dengan memberi komen membina serta 5★ : )

eMaklum JANM 1.0.7 · Unduh Gratis

4,1/5 (412+ Ulasan)

Versi lama

Semua versi