LearnEnglish Grammar icon

LearnEnglish Grammar

4.5.0

Aplikasi tatabahasa premium LearnEnglish Grammar kami kini 100% PERCUMA!

Nama LearnEnglish Grammar
Versi 4.5.0
Memperbarui Sep 03, 2024
Ukuran 29 MB
Kategori Pendidikan
Instal 1M+
Developer British Council
Android OS Android 5.0+
Google Play ID bc.leg
LearnEnglish Grammar · Jepretan Layar

LearnEnglish Grammar · Deskripsi

** Aplikasi tatabahasa premium LearnEnglish Grammar kami kini 100% PERCUMA! Muat turun sekarang dan mulakan latihan tatabahasa dengan topik yang berbeza dari tahap pengguna baharu hingga lanjutan. **

LearnEnglish Grammar adalah aplikasi latihan tatabahasa percuma yang direka untuk membantu meningkatkan ketepatan tatabahasa bahasa Inggeris. Aplikasi ini menawarkan 1000 soalan untuk membantu anda berlatih dan mengukuhkan kemahiran tatabahasa bahasa Inggeris anda.

EMPAT TAHAP DARI PENGGUNA BAHARU HINGGA LANJUTAN
Aplikasi ini sesuai untuk pelajar semua peringkat dan menawarkan aktiviti tatabahasa pada tahap Pengguna Baharu (CEFR tahap A1), Asas, Pertengahan dan Lanjutan (CEFR tahap C2). Mulakan dengan tahap anda, dan apabila ketepatan tatabahasa anda bertambah baik, maju ke tahap seterusnya.

KINI PERCUMA! - LEBIH 1000 SOALAN LATIHAN TERSEDIA
Setiap tahap mengandungi lebih daripada 600 aktiviti tatabahasa termasuk sekitar 25 topik tatabahasa seperti Penggunaan Kata dan Jenis-jenis Ayat. Soalan tatabahasa menggunakan 10 jenis aktiviti unik seperti isi tempat kosong, aneka pilihan jawapan dan padanan.

LATIHAN DAN UJIAN
Praktis melalui soalan latihan mengikut kemampuan anda sendiri di bahagian Latihan atau cabar pengetahuan anda di bahagian Ujian dan lihat sejauh mana tahap anda dalam memahami topik tatabahasa.

BAHASA
Aplikasi ini tersedia sepenuhnya dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Sepanyol. Fail bantuan dan imej arahan tersedia sebagai tambahan dalam bahasa Arab, Cina, Inggeris, Itali, Jepun dan Sepanyol.

APLIKASI LATIHAN TATABAHASA TERBAIK
Pelajar bahasa Inggeris dari seluruh dunia menyukai aplikasi kami. LearnEnglish Grammar telah menduduki tempat #1 dalam kategori Pendidikan iTunes di 44 buah negara dan menduduki tempat kesepuluh terbaik di lebih dari 111 buah negara. Aplikasi ini mempunyai lebih daripada 5,500,000 muat turun!

BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN BRITISH COUNCIL
Belajar bahasa Inggeris di bilik darjah kami dengan pakar bahasa Inggeris dunia. Kami telah mengajar bahasa Inggeris selama lebih dari 75 tahun dan telah membantu lebih daripada 100 juta orang di 100 buah negara yang berbeza dengan meningkatkan kemahiran dan membina keyakinan mereka dalam Bahasa Inggeris. Lawati www.britishcouncil.org/english untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

PERIHAL APLIKASI PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS BRITISH COUNCIL
British Council mencipta aplikasi pembelajaran bahasa Inggeris terbaik untuk pelajar di semua peringkat umur. Anda boleh memuat turun aplikasi kami untuk latihan tatabahasa, perbendaharaan kata dan kemahiran pendengaran. Lawati laman web kami untuk melihat semua aplikasi kami: https://learnenglish.britishcouncil.org/en/apps.

LearnEnglish Grammar 4.5.0 · Unduh Gratis

4,0/5 (11K+ Ulasan)

Versi lama

Semua versi